Friday, 1 December 2017

PENGALAMAN SAKIT TIBI: PART 3: Operation/Pembedahan

27 SEPT 2017
Selesai MRI.

2 OKT 2017
Pembedahan untuk membuang nanah. Wow. Macam biasa, sebelum operation kena puasa. Puasa tak makan ubat dan tak makan painkiller. So, sebelum operation tu memang sakit sangat badan sebab ubat xmakan ubat. Ubat penenang pun tak makan. Skala sakit saya 9/10. Masuk operation room baring atas trolley. Mula2 doctor tanya everything la, tahu tak nak buat operation apa sekian2. Memang kena tanya. Kalau salah pesakit naya je. So tempat yang nak dioperate tu bahagian belakang. Saya kena baring telangkup la sepanjang operation

OPERATION
Saya tak dibius penuh (maksudnya saya sedar sepanjang proses pembedahan). Bahagian yang dibius hanya pada bahagian yang dicucuk. Operation menggunakan kaedah ultrasound guided drainage untuk mengeluarkan nanah. Sepanjang operation tu tak rasa sakit la. Cuma dapat rasa jarum dan salur getah yang doctor cucuk tu menembusi isi pinggang belakang dan menembusi tulang. Sy siap boleh berbual lagi dengan doktor, ini untuk pastikan saya sedar sepanjang proses pembedahan.

Berikut adalah contoh alat yang digunakan untuk membuang nanah dari belakang saya:
Sumber internet

Ini adalah gambar belakang saya yang baru selesai ditebuk. Jika perhatikan terdapat nanah dalam saluran pigtail tersebut. Pigtail dijahit pada kulit supaya tidak tertanggal






Ini adalah nanah yang dikeluarkan. Sikit je kan. Ada lagi..

Atas nasihat pakar, pigtail saya digantung selama seminggu pada badan supaya kesemua nanah berjaya dikeluarkan. Saya dinasihatkan supaya banyak bergerak dan berjalan agar nanah2 tersebut keluar dari badan semasa saya berjalan. Dengar mcm kelakar kan. Tapi memang betul. Nah tengok video nanah tersebut keluar melalui tube:



Saat  nanah keluar dari tube dengan deras. Video rakaman sendiri

Pada hari ketiga daripada tujuh hari, saliran tersebut tersumbat dari dalam badan (pada pendapat saya darah beku) 
Gumpalan darah yang menyebabkan nanah tidak keluar dari badan. Mujur dengan banyak bergerak darah tersebut tidak tersekat dan nanah keluar dengan banyaknya

Berikut adalah gambar nanah yang berjaya dikeluarkan setelah 7 hari (dua beg):




Total lebih 200ml nanah berjaya dikeluarkan.


Setelah tujuh hari, dan selepas banyak nanah yag telah keuar, buat ultrasound sekali lagi untuk memastikan tiada lagi nanah. Alhamdulillah tinggal sisa sahaja dan akan hilang setelah makan antibiotik. Setelah itu barulah pigtail catherer tersebut dicabut dari belakangku. Nak cabut nya sekejap sahaja tak perlu operation. Sama macam cabut branula. Tapi lepas je doktor tu cabut catherer tu baru la saya tahu betapa panjangnya benda tu dalam badan saya. Dan agak sukar untuk keluarkan pogtai tersebut kerana bergulung di dalam. Ye lah masa operation tak nampak panjang nya macam mana. Disebabkan panjang, Doktor terpaksa sentap.

Sesudah itu baru ditampal dengan kapas. Bersambung PART 4 bulan FEB 2018 nanti ya.


Jika terdapat pertanyaan sila emailkan ke kongsikanbersama@gmail.com



PENGALAMAN SAKIT TIBI: PART 2: Imbasan MRI

24 OGOS 2017
Setelah membuat ujian Mantoux pada lengan hasilnya positif. Dalam pada itu, mendapat appointment untuk membuat ultrasound untuk memeriksa bahagian belakang saya. Tunggu punya tunggu hari untuk buat appointment ultrasound akhirnya tiba.

20 SEPT 2017 (kalau xsilap)
Tarikh buat ultra sound di hospital. Hasil ultrasound menunjukkan terdapat nanah pada tulang belakang saya. Dan terdapat satu tulang yang telah sedikit terhakis akibat nanah tersebut. Maka, mulai saat ini aku telah di sahkan mendapat Spondylitis. Mana yg tak tahu nnti boleh google ya. Sejenis sakit tulang belakang.

Selepas buat ultrasound, saya di nasihatkan untuk masuk ward untuk buat imbasan MRI. Wah, first time dalam hidup buat MRI. Rasa teruja tu melebihi rasa sakit. Doktor nasihatkan nanti bawa baju siap2, daftar masuk ward sehari sebelum MRI

26 SEPT 2017
Sy masuk ke ward untuk buat MRI. Lepas sehari duduk hospital dan pakar pun da baca patient history saya, esok nya tiba hari buat MRI

PENGALAMAN MRI
Malam sebelum buat MRI, nurse minta saya puasa pagi esoknya. Jadi saya pun puasa Lah pagi tu. Yang nak jadikan cerita, pagi tu da start puasa jam 5pagi, sebab tak tahu lagi MRI pukul berapa, anggaran petang. Dalam pada puasa tu, nurse tak cucuk air. Pukul 11 pagi tiba2 saya hypo. Haha. Mata tiba2 jadi kabur, Rasa nak pitam dan berpeluh2. Nasib baik sempat tekan loceng dan nurse pun sampai dan masukkan air sebelum saya pengsan sebab hypo. Masuk air pun tak lama. Dalam 12 tengahari, saya di bawa ke bilik MRI.

Sebelum masuk MRI, staff suntikkan steroid (kalau tak silap) ke tempat masuk air di tangan tu bagi memastikan imej yang di scan nanti nampak lebih jelas. Rasanya mereka tak gunakan contrast sebab saya allergi painkiller tramadol (maaf jika tersalah fakta).

Lepas tu saya pun baring la masuk gelung MRI tu. Gelung tu agak sempit juga la, macam masuk dalam kelong air. Cuma kelong air gelap, yg ini cerah sikit. Sempit juga. Dalam anggaran satu jengkal setengah dari mata. Dalam MRI tu kita hanya dapat berhubung dengan orang kat luar dengan button yang diberi untuk kita genggam kat tangan. Kalau rasa sesak nafas ke atau nak terkucil atau emergency, tekan button tu. Proses MRI ni ambil masa setengah jam le 40 minit. Memang lama kat dalam kelong MRI tu.

Berikut merupakan hasil imbasan MRI saya:

Nampak tak dekat anak panah tu, atas tu ada tulang yang da terhakis

Yang anak panah ini sengaja saya lukiskan untuk tunjukkan terdapat seuncang nanah berukuran 4x5x10cm di bawah buah pinggang saya dan nanah tersebut juga didapati telah “menyusur”  pada bahagian tulang belakang



Oh ya. Cas MRI tulang belakang saya ni RM120 (hospital kerajaan)

Setelah doktor meneliti hasil MRI saya ni, langkah seterusnya adalah membuang segala lemak-lemak ni (kalaulah lamak dapat dibuang semudah ni hehe). Bukan lemak ya. Nanah. Jadi saya pun pasrah dan ikut je la kata doktor hehe

Bersambung PART 3


Sebarang pertanyaan atau perkongsian boleh emailkan kepada kongsibersama@gmail.com

PENGALAMAN SAKIT TIBI: PART 1- Tanda awal

Salam. Buat pertama kali, saya beranikan diri untuk buat penulisan, untuk kongsikan pengalaman saya bergelar pesakit Tibi.

Untuk rekod, 1 Disember 2017, saya baru dua bulan menjalani rawatan TB. Ya. Baru dua bulan dan fasa rawatan masih panjang. Tapi saya tuliskan juga pengalaman saya mengharungi saat2 yang tak akan saya lupa dalam hidup saya.

TIBI SECARA UMUM
Tibi adalah penyakit yang boleh menyerang mana2 bahagian. Tibi paru2 lebih berbahaya kerana boleh disebarkan melalui partikel udara yang dicemari kuman tibi yang dihembuskan oleh pesakit tibi paru-paru.

Untuk bacaan mengenai apa itu TB tulang belakang, boleh buat bacaan yang ditulis oleh doktor Ahmad Mahyuddin ni http://www.mmgazette.com/tuberkulosis-tulang-belakang-dr-ahmad-mahyuddin/

Tibi juga boleh menyerang bahagian lain termasuk tulang belakang, otak, kaki, tulang, sendi, paru-paru dan sebagainya. Dalam kes saya, saya mendapat serangan tibi tulang belakang.

AWAL TAHUN 2017
Dalam awal tahun 2017(MAC) saya mengalami sakit2 badan yang menyebabkan sukar untuk bergerak. Dalam sangkaan saya cumalah sakit biasa yang disebabkan salah tidur ataupun lebih duduk (sebab saya jenis kerja ofis yang lebih banyak duduk depan komputer). Jadi saya meneruskan kehidupan seperti biasa. Tapi malangnya setelah tiga minggu sakit saya tidak juga surut. Jadi saya mula berjumpa doktor. Doktor memberikan painkiller untuk meredakan kesakitan.

JUN 2017
Dalam tempoh tiga bulan, sakit saya berterusan. Walaupun sudah berulang kali turun naik klinik tetapi doktor masih tidak dapat mengesan sakit saya walaupun xray paru-paru kelihatan normal (saya tidak merokok). Namun begitu, xray tulang belakang saya kelihatan tidak normal. Ada sedikit keretakan. Bulan Jun start berhenti kerja sebab sakit ni menyebabkan saya tak dapat bergerak. Jangan main-main ya dengan sakit ni

JULAI 2017

Secara umum, terdapat satu sakit yang menjangkiti saya iaitu tonsillitis. Tonsillitis ini mula saya sedari sejak awal tahun. Tonsillitis ini akan menyebabkan nafas berbau sangat busuk sehingga tidak disenangi oleh orang sekeliling. Tonsilitis saya tidak menyakitkan tekak saya, tetapi saya tahu, tonsilitis ini bukanlah diri saya yang sihat.

Awal Julai, saya mula mengalami episod sakit yang teramat sangat. Ciri-ciri sakit yang saya boleh simpulkan ialah:
1) Berpeluh-peluh ketika tidur malam, bangun pagi lencun sampai bilik berbau peluh.
2) Sakit belakang yang tidak boleh bergerak langsung dari tilam.
3) tidak boleh bongkok terutama ketika rukuk dalam solat.
4) tidak boleh mengangkat barang berat (hendak angkat satu cerek air masak pun tidak larat))
5) ada satu masa, apabila saya bangun, terasa mulut berdarah pada gigi (saya fikirkan saya ada masalah gusi pada ketika itu) tapi ternyata itu salah satu tanda tibi.
6) tidak boleh bergerak untuk bangun dari tilam kerana  badan terlalu sakit.
7. Kurang selera makan (nak makan tapi tak tahu nak makan apa)


Mulut mengeluarkan gumpalan darah beku (tarikh 2 OGos)


Selain itu, pertengahan Julai, saya didatangi dengan demam pada waktu Maghrib dan berlarutan selama tiga hari. Badan terasa sangat seram sejuk. Mulai hari itu, lymph node di leher saya mulai membengkak, dan semakin hari membengkak

Doktor ada memberikan antibiotik kepada saya. Namun antibiotik Augmentin tidak mengurangkan bengkak lymph node tersebut.

Akhirnya pada 21 OGOS doktor membuat ujian Mantoux di lengan kanan ku. Ujian mantoux adalah ujian untuk Mengesan TB.

Selepas 24jam disuntik, kawasan suntikan mula merah

Selepas tiga hari, kawasan suntikan telah menggelembung, menunjukkan result TB positive

Selepas seminggu, kawasan suntikan menjadi kudis dan mula mengelupas dan menjadi parut


Bersambung Part 2...

Sebarang pertanyaan atau perkongsian boleh ajukan di kongsibersama@gmail.com

Saturday, 13 June 2015

Langit Langi Hotel Port Dickson review

Hotel Langit Langit Port Dickson. Langit Lagi Hotel Port Dickson.

Salam. Nak kongsikan pengalaman pergi PD. Plan awal. 2 minggu before dah booking hotel. Booking untuk langit langi hotel bole buat either dekat Agoda.com atau Booking.com. Agoda boleh dapat murah sikit. Booking.com dapat price yg hotel bagi. Dua2 ni kena ada kredit kad atau pun debit kad. Janji ada visa.
Boleh check in pukul 2. Check out time plak before jam 12tghari. Tapi masa datang tu pkl 3lebih. Itu pun bilik tak siap lagi. So tunggu la sekejap. Because dtg lmbt, sy call siap2 hotel. Katakan jadi masuk tapi lewat sikit. Ini perlu buat ya kalaw nak datang lewat. Sebab some hotel akan cancel reservation once kita tak present untuk check in. Saya book 2 bilik. Dua2 bilik standard. Price RM296. Harga satu bilik RM148. Ini price standard room utk waktu superpeak. Sediakan duit lebih untuk 'cagaran' RM 50. Akan dapat balik time check out.
Hotel ni kat ruma2 kedai. Sebelah mahkamah majistret PD. so sapa2 nak view pantai dari bilik memang xde la ye. Nak pantai kena jalan2 la kat area teluk kemang tu. hotel ni ada lif. Ada swimming pool. so kat sini di letakkan gambar2. Selamat mencuci mata.
Komen untuk hotel ni. Sgt nice la. Sesuai untuk satu malam. Bagi sapa2 yg tak cerewet sgt dalam memilih bilik, hotel ni quite ok. Bilik selesa. Interior unik. Pintu bilik air semi transparent so sgt nice utk mandi2. Bed double mmg nice2 untuk 2 orang. So kalau family dengan baby mybe ok kot. Kalaw ada anak kecik sorg dalam 7 tahun maybe agak sempit. Swimming pool dalam gambar nampak je besar. Masuk orang dewasa dalam tu nnti sempit la utk bsrenang. Swimming pool tutup pukul 10 malam. Masa booking kat booking.com tu boleh pilih untuk ada breakfast. breakfast ada red bean, sausage, wheat bread, nasi lemak bungkus, cereal koko crunch, kek coklat, kuih bahulu, mushroom soup, air kordial, susu, hot coffee and tea.

Overall ok la. Sapa nak try bole try. Sy bagi 3.5 bintang. Muahh

Monday, 8 June 2015

JS Muara Terapung

Haa korang mancari tempat makan best ke. Ni aku dah google2 dapat la tempat ni. Orang dok sebut sebut ketam ketam pasal kedai ni. So sebagai penggemar ketam, aku sangat la teruja nak cuba merasai ketam kat sini. Dah nama pun muara kan. Mesti ketam fresh2.

Perjalanan kitorg mula dari bukit mertajam. Korang boleh google map je Kuala Gula. Sepanjang perjalanan banyak la view2 yang best. Ada sawah hijau terbentang. Ada ladang kelapa sawit. Alhamdulillah cuaca baik.

Tak susah cari kedai ni. Kuala Gula. Belakang sekolah rendah. JS Muara Terapung nama kedai tu. Sampai2 je kedai tengok banyak kereta keluar. Plat W. Orang luar. Mmg famous la. Sedap mungkin. Quite nice la sebab restoran ni mmg terapung kat atas sungai.

Dapat2 je menu kitorg terus la set nak makan ketam. Tak pun ketam lembut. Signature dish kan kat sini. Menu lain da xnampak da. So mintak la nasi putih, ketam masak pedas dengan air soya cendol.

DIK, KETAM TAK DE.

haa?? Ketam takde. Biar betul kak. Datang jauh ni.

Takde dik. Ketam jenis apa pun xde.

Okay lah. Hurmm. Kecewa sikit la. Takpe la fikirkan positif maybe orang supply ketam tu tak pergi tangkap ketam kot. Tapi tengah bulan penuh ni. Musim ketam kot. Takpe lah xyah fikir panjang. Oder je lah makanan lain. Dah datang jauh2 kan. Oder jelah makanan last option. Tomyam ayam nasi putih sotong goreng tepung. Sup daging.

Sambil2 tunggu oder tu tengok2 sekeliling. Nice view. Ada banyak la bot2 nelayan. Ada orang mancing ikan. Ada pokok2 bakau. Sesekali tu kedai tu bergoyang2 sebab bot lalu. Sapa yang tak tahan tu mabuk la sikit kot.

Sambil2 tu tengok la ada beberapa group family yang datang blah camtu je. Sebab ketam takde la kot tu. Sian betul. Haha. Dah nama signature dish kan. Pastu takde. Memang mnyirap la orang datang.

Dapat oder. Makan la. Boleh la tahan rasa dia. Biasa2 je. Tomyam masakan sedap. Tapi bila rasa yang ni biasa2 je. Sotong goreng tepung pun tawar hambar. Penyelamat dia sos je la. So aku dengan kawan aku pun expect ketam dia mybe indah berita dari rasa kot.

Takpelah bukan rezeki kitorang la kot masa tu. So kepada yang nak datang dari jauh tu boleh siap2 call dulu kedai ni tanya betul2 ada lauk ke tak. Jangan nnti kecewa.

Sunday, 7 June 2015

Tempat Makan Autocity Juru



Hai

Buat korang yang tak tahu, selain menempatkan pelbagai kedai kereta macam Mazda, Perodua, Audi, Proton, dan banyak lagi,  Autocity Juru juga merupakan tempat yang paling senang nak cari makan. Khususnya buat orang muda muda yang kaki kaki layan fast food nih.  Sapa yang tak tahu ataupun tahu, tapi tak perasan, Autocity ni mmg hot spot la tempat makan

Buat yang tak tahu nak masuk ke Autocity neh, jalan masuk dia senang je.  Dari Lebuhraya plus tu, keluar ikut exit  Juru, Bukit Mertajam.  Korang akan nampak skrin led yang bapak besar tu kat tepi highway.




Kalau xpandai cari, memang tak tau kat mana. So kat sini di listkan beberapa restoran yang quite common untuk dilayan la kat Autocity  ni. Label  restoran mengikut warna kawasan

McDonald's    (24JAM)
Pelita Nasi  Kandar (24JAM)
Secret Recipe

Coffee Bean and Tea Leaves
Haagen-Dazs

KFC (24JAM)
Subway
Seoul Garden
Pizza Hut
Starbuck
Nando’s
Tutti Frutti
The Manhattan Fish Market
SOHO
Takehana
Old Town White Coffee  (24JAM)
Swensen
Sushi King
Chattime
Kaffa


Ini antara restoran restoran yang famous la. Yang tercicir tu maybe ada tapi tak perasan. So dekat kawasan yang colour  hijau tu memang banyak choice. Park je kereta, jalan kaki je. Pilih je nak masuk restoran mana semua sebelah sebelah je.



chow