Saturday, 13 June 2015

Langit Langi Hotel Port Dickson review

Hotel Langit Langit Port Dickson. Langit Lagi Hotel Port Dickson.

Salam. Nak kongsikan pengalaman pergi PD. Plan awal. 2 minggu before dah booking hotel. Booking untuk langit langi hotel bole buat either dekat Agoda.com atau Booking.com. Agoda boleh dapat murah sikit. Booking.com dapat price yg hotel bagi. Dua2 ni kena ada kredit kad atau pun debit kad. Janji ada visa.
Boleh check in pukul 2. Check out time plak before jam 12tghari. Tapi masa datang tu pkl 3lebih. Itu pun bilik tak siap lagi. So tunggu la sekejap. Because dtg lmbt, sy call siap2 hotel. Katakan jadi masuk tapi lewat sikit. Ini perlu buat ya kalaw nak datang lewat. Sebab some hotel akan cancel reservation once kita tak present untuk check in. Saya book 2 bilik. Dua2 bilik standard. Price RM296. Harga satu bilik RM148. Ini price standard room utk waktu superpeak. Sediakan duit lebih untuk 'cagaran' RM 50. Akan dapat balik time check out.
Hotel ni kat ruma2 kedai. Sebelah mahkamah majistret PD. so sapa2 nak view pantai dari bilik memang xde la ye. Nak pantai kena jalan2 la kat area teluk kemang tu. hotel ni ada lif. Ada swimming pool. so kat sini di letakkan gambar2. Selamat mencuci mata.
Komen untuk hotel ni. Sgt nice la. Sesuai untuk satu malam. Bagi sapa2 yg tak cerewet sgt dalam memilih bilik, hotel ni quite ok. Bilik selesa. Interior unik. Pintu bilik air semi transparent so sgt nice utk mandi2. Bed double mmg nice2 untuk 2 orang. So kalau family dengan baby mybe ok kot. Kalaw ada anak kecik sorg dalam 7 tahun maybe agak sempit. Swimming pool dalam gambar nampak je besar. Masuk orang dewasa dalam tu nnti sempit la utk bsrenang. Swimming pool tutup pukul 10 malam. Masa booking kat booking.com tu boleh pilih untuk ada breakfast. breakfast ada red bean, sausage, wheat bread, nasi lemak bungkus, cereal koko crunch, kek coklat, kuih bahulu, mushroom soup, air kordial, susu, hot coffee and tea.

Overall ok la. Sapa nak try bole try. Sy bagi 3.5 bintang. Muahh

No comments:

Post a Comment